"Magic Moment" Dalam Perniagaan
| Posted in | Posted on 12:49 AM
sumber; http://www.irfankhairi.com/blog/
Lakukan sedikit MAGIC!… bukan maksudnya anda sebagai usahawan perlu membuat magic seperti David Blane atau Chris Angel atau Cyril… tetapi, anda tetap boleh melakukan satu magic kepada pelanggan anda dengan melakukan suatu “magic moment”
Apakah itu Magic Moment?
Menurut pakar perniagaan Jay Abraham, Magic Moment adalah satu keadaan atau lebih tepatlagi, satu PENGALAMAN yang dialami oleh pelanggan anda yang mereka tidak akan lupakanuntuk jangka waktu yang panjang. Silap-silap, sampai bila-bila takkan lupakan.
Saya permudahkan dengan contoh dibawah…
Anda makan di restoran, ambik nasik, pilih lauk, ayam… sayur… ikan… kuah kari… dan lakukanpembayaran. On the way nak berjalan ke meja anda, anda terhilang balance, and terjatuh (salahanda sendiri… bukan sebab lantai licin atau terlanggar kucing). Habis nasi dan lauk pauk andajatuh ke lantai. Adoi!
& Tetapi, pemilik kedai itu, datang kepada anda dan bawakan kepada anda nasi, ayam, sayur, ikankuah kari yang baru dan suruh anda makan je. On the house!
Apakah perasaan anda? (selain daripada malu kena pandang pelanggan lain anda yang tersungkur ;) ). Pastinya satu pengalaman yang baik yang diberikan oleh pemilik restoran tubukan? Itulah dia nya pemilik tersebut menciptakan satu “Magic Moment”
Menciptakan “Magic Moment” bukan suatu yang boleh dipelajari daripada buku teks perniagaanatau universiti sekali pun, tetapi, ianya lebih kepada EQ (Emotional Intelligence). Selami diripelanggan dari segi emosi, dan fahami keadaan mereka. Anda akan dapat mencipta satu Magic Moment yang akan diingati sampai bila-bila.
Lepas ini, kalau anda nak makan, anda pergi mana? Sudah tentu restoran itu lagi bukan?
Comments (0)
Post a Comment