KEREPEK SEDAP AIDILADHA

| Posted in | Posted on 10:49 AM

Sempena Aidiladha yang menjelang tiba,
Anak perantauan berpusu pulang ke desa,
Keluarga dirumah ternanti wajahnya ceria,
Kerepek sedap sepeket membuat hati gembira.


Buat keluarga dirumah nanti, jom kita beli kerepek sedap naa~


contact person :
YAZID 013-3513805
AMIN 013-4451072
ATIQAH SARGAWI 019-4302837

*Tempahan terakhir pada jumaat malam
*Kerepek akan dihantar ke bilik masing2 pada hari ahad ni insyaAllah

PENGUMUMAN

| Posted in | Posted on 1:26 AM

Assalamualaikum...

Harap maaf, blog LAJNAH EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN RMUTP telah berpindah ke http://lajnahekonomi-rmutp.webs.com/

JoM PERFORM!!!

| Posted in | Posted on 11:36 AM



Jom beramai-ramai kite PERFORM...

-amal ibadah
-akademik
-business
-dakwah
-& semua bidang......

LEK RMUTP in heart....

Promosi Ramadhan 1431H !!

| Posted in | Posted on 11:24 PM


Barangan jualan sempena Ramadhan al-Mubarak:
> Kurma Iran
> Jus Tok Guru
> Kismis Tok Guru
> Quran Zip dan Kulit Keras
> Tempahan Majalah SOLUSI (untuk satu semester)
> Kopiah Haji Abdullah
> Serban
> Minyak Attar
> Aksesori Muslimat
> Keperluan Harian Muslim

Hubungi:
YAZID (013-3513805)
ATIKAH (019-5464196)

Salam Ramadhan Al-Mubarak

| Posted in | Posted on 11:07 PM

Memupuk Nilai Keusahawanan Sejak Kecil

| Posted in | Posted on 10:53 PM

sumber http://www.irfankhairi.com/blog/

Ramai bertanyakan saya tentang pendedahan awal saya dalam bidang perniagaan. Saya juga jarang berkongsikan kisah saya ketika kanak-kanak, bagaimana saya mula berminat dalam perniagaan.

ikkid.jpg
IK masa kecik… comel kan? ;)

Sebenarnya, saya dan perniagaan sudah lama tidak dapat dipisahkan. Sejak di bangku sekolah rendah lagi saya sudah berminat berniaga. Perniagaan pertama saya adalah menjual aiskrim kepada rakan-rakan sekolah. Ketika itu masih lagi sekolah rendah di Kuala Kangsar. Aiskrim yang macam mana?

Aiskrim plastik (Aiskrim Malaysia)! Bermodalkan beberapa ringgit sahaja, dan membeli plastik aiskrim yang datangnya dalam bungkusan mempunyai gambar King Kong. Saya menggunakan kordial di peti sejuk arwah nenek, dan membancuh 2-3 jenis perisa untuk di masukkan dalam plastik tersebut dan mengikatnya. Pasti anda pun masa kecil-kecil dulu pernah merasa aiskrim sebegini bukan?

Mulai situ, saya memang berminat berniaga. Di sekolah juga saya mengambil upah melukis kartun, melukis kad raya dan mencipta t-shirt untuk dijual kepada kawan-kawan.

Walaupun ibu dan ayah bukan ahli perniagaan, dan juga tiada keluarga yang terlibat dalam perniagaan (kebanyakannya bekerja dengan kerajaan), saya belajar berniaga dengan melihat dan belajar dari pemerhatian disekeliling. Berikut adalah 3 tip mudah mengalakkan si kecil untuk minat dengan perniagaan dan wang:

  • Ketika di kedai, beri anak anda melakukan pembayaran dan mengambil baki wang daripada cashier. Dengan cara ini, ia membiasakan anak anda dengan transaksi perniagaan sejak kecil
  • Upah dan beri galakkan anak anda apabila menghasilkan sesuatu yang menarik seperti lukisan atau kraftangan. Galakan sebegini akan meningkatkan lagi keyakinan anak kita dalam mengasah kreativiti sendiri.
  • Galakkan anak anda menabung. Dari masa kesemasa, kira bersama hasil tabung supaya anak kita belajar menjejak simpanan. Juga, berikan hadiah kecil (hasil daripada simpanan) untuk menggalakkan simpanan dan juga membiasakan mereka melihat bahawa wang simpanan usaha sendiri akan kurang apabila berbelanja.

Sekiranya anda mempunyai anak atau adik atau anak buah, berikan pendedahan awal perniagaan dan kewangan kepada mereka. Ia akan banyak membantu mereka apabila dewasa kelak dari segi keyakinan diri dalam perniagaan dan pengurusan wang. Jadikan berniaga dan wang sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan menggembirakan.

Ciptakan keadaan di mana perniagaan adalah permainan bersama mereka. Galakkan mereka berfikir kreatif. Bincangkan perihal kewangan (bukan masalah kewangan) dan jadikan mereka menghormati dan mengharagi wang dengan cara yang menghiburkan.

"Magic Moment" Dalam Perniagaan

| Posted in | Posted on 12:49 AM

sumber; http://www.irfankhairi.com/blog/

Lakukan sedikit MAGIC!… bukan maksudnya anda sebagai usahawan perlu membuat magic seperti David Blane atau Chris Angel atau Cyril… tetapi, anda tetap boleh melakukan satu magic kepada pelanggan anda dengan melakukan suatu “magic moment”

Apakah itu Magic Moment?

Menurut pakar perniagaan Jay Abraham, Magic Moment adalah satu keadaan atau lebih tepatlagi, satu PENGALAMAN yang dialami oleh pelanggan anda yang mereka tidak akan lupakanuntuk jangka waktu yang panjang. Silap-silap, sampai bila-bila takkan lupakan.

Saya permudahkan dengan contoh dibawah…

Anda makan di restoran, ambik nasik, pilih lauk, ayam… sayur… ikan… kuah kari… dan lakukanpembayaran. On the way nak berjalan ke meja anda, anda terhilang balance, and terjatuh (salahanda sendiri… bukan sebab lantai licin atau terlanggar kucing). Habis nasi dan lauk pauk andajatuh ke lantai. Adoi!

& Tetapi, pemilik kedai itu, datang kepada anda dan bawakan kepada anda nasi, ayam, sayur, ikankuah kari yang baru dan suruh anda makan je. On the house!

Apakah perasaan anda? (selain daripada malu kena pandang pelanggan lain anda yang tersungkur ;) ). Pastinya satu pengalaman yang baik yang diberikan oleh pemilik restoran tubukan? Itulah dia nya pemilik tersebut menciptakan satu “Magic Moment”

Menciptakan “Magic Moment” bukan suatu yang boleh dipelajari daripada buku teks perniagaanatau universiti sekali pun, tetapi, ianya lebih kepada EQ (Emotional Intelligence). Selami diripelanggan dari segi emosi, dan fahami keadaan mereka. Anda akan dapat mencipta satu Magic Moment yang akan diingati sampai bila-bila.

Lepas ini, kalau anda nak makan, anda pergi mana? Sudah tentu restoran itu lagi bukan?

HALAL FEST 2010

| Posted in | Posted on 9:09 PM

HALAL FEST 2010
HALAL: FORGING EXCELLENT PERSONALITIES


Kupiah Bukit Mertajam

| Posted in | Posted on 7:48 AM


Harga: RM30

Madu Naqia Dengan Herba Zafaran

| Posted in | Posted on 7:48 AM


“Rasai Keistimewaan Madu Naqia Yang Asli, Suci Dan Berkat”

Mengandungi 350gram. Madu asli Naqia dengan herba Zafaran yang di import dan diperkaya dengan bahan-bahan yang suci dan berkat seperti air Zam-Zam, Zafaran ( herba yang terbaik, terwangi dan termahal didunia ), Bacaan-bacaan ayat Syifa ( Pemyembuh ) dan doa-doa tertentu untuk kebaikan tubuh badan zahir dan batin.

Amat berkesan untuk kecergasan tubuh, minda dan rohani. Amalan terbaik untuk:

  1. Membuang lender-lendir dalam saluran pernafasan.
  2. Menguatkan sendi dan tulang
  3. Membersihkan saraf daripada segala bahan toksik yang terkumpul.
  4. Menguatkan antibody tubuh.
  5. Mengawalkan jangkitan bacteria.
  6. Menajamkan kekuatan minda.
  7. Menguatkan rohani.
  8. Membersihkan Darah.
  9. Memulihkan dan menguatkan tekanan perasaan.
  10. Iktiar terbaik untuk segala jenis kecederaan pada kulit dan tubuh.

Cara-Cara Menggunakannya:

  1. Selawat, Bismillah dan doa
  2. Minum satu sudu besar setiap hari, 3 kali sehari iaitu selepas bangun pagi, selepas makan dan sebelum tidur malam.
  3. Boleh diminum terus dan diikuti dengan secawan air.
  4. Boleh dicampurkan dengan air jus dan lain-lain minuman yang berkhasiat.
Harga: RM17
Dapatkan di booth LEK berhampiran, atau hubungi: Yazid (013-3513805)

Aksesori untuk Para Muslimat

| Posted in | Posted on 7:46 AM



Blouse: RM28 - RM30

Tudung:

i) Bidang 60 : RM25
ii) Bidang 55 : RM18
iii) Bidang 48 : RM18


Stokin : RM
5

Handsock : RM4


Sebarang tempahan, hubungi:
Atikah (019-5464196)
Syafiqah (013-7527057)




SOLUSI ISU 16: IBU BAPA DERHAKA?

| Posted in | Posted on 7:48 AM


Kita selalu membicarakan kederhakaan anak terhadap orang tuanya tetapi jarang sekali kita bincangkan kederhakaan ibu bapa terhadap anak-anaknya. Jika diamati banyak tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anaknya yang diabaikan... Hakikatnya ibu bapa itulah yang menderhakainya anak-anaknya!

Juga menarik di dalam:

  • Gelora Iman Kala Usia Muda
  • Lazimkan Ana-anak Membaca Al-Quran
  • Halal dan Haram Bayi Tabung Uji
DAPATKAN SEGERA DI BOOTH RAKAN MASJID SEMPENA MINGGU MESRA KAMPUS (MMK) INI!!

Qur'an Tafsir Perkata Beserta Asbabun Nuzul dan Terjemahan

| Posted in | Posted on 5:14 AM


Ingin mempelajari bahasa Arab dengan lebih mudah serta pengamalan yang konsisten??

Buat yang pertama kalinya, dapatkan Qur'an Tafsir Perkata ini sekarang. Pasti terasa nikmat membaca Al-Quran dengan memahami maksud ayat daripada satu perkataan ke satu perkataan yang lain.




Al-Qur'an Tafsir Per Kata ini mempermudah kita dalam memahami erti dan isi al-Qur'an. Dilengkapi dengan Asbabun Nuzul dan Terjemahan yang memperkayakan Al-Qur'an Tafsir ini. Baru dilancarkan pada sekitar Jun 2009.

Sebuah Tafsir al-Quran yang memaparkan bukan sekadar terjemahan, tetapi mempersembahkan tafsiran bagi setiap patah perkataan al-Quran. Ini kerana Tafsir tidak sama dengan Terjemahan. Terjemahan hanya memindahkan bahasa sesuatu perkataan. Berlainan dengan Tafsir yang menjelaskan kekaburan bagi sesuatu makna perkataan. Di sinilah letaknya kelebihan Tafsir Al-Qur'an Per kata ini berbanding terjemahan-terjemahan al-Quran yang lain. Tafsiran ditulis terus dibawah setiap lafaz arabnya. Terjemahan penuh disertakan di bahagian tepinya. Dilengkapi juga dengan asbab nuzul (sebab turun ayat) dan nota kaki bagi memperjelaskan lagi maksud sesuatu tafsiran.


Kelebihan Tafsir Qur’an Per kata:

  • Tafsir global yang ringkas, bukan sekadar terjemahan, yang disusun berdasarkan kata per kata dari setiap ayat al-Qur’an
  • Mudah dibaca dan difahami, baik secara terpotong-potong kata per kata atau pun secara ayat per ayat.
  • Disusun dengan merujuk kepada buku-buku Tafsir yang mu’tabar (diakui)
  • Dilengkapi dengan Asbabun Nuzul, yang memberikan informasi tentang keadaan dan latar belakang turunnya setiap ayat.
  • Dilengkapi juga dengan terjemahan.
  • Tersedia 5 pilihan warna Cover : Merah, Pink, Hijau, Ungu, Biru (*Bergantung kepada Stok)
  • Yang sesuai untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang

Hanya RM125 setiap satu

Untuk pertanyaan dan tempahan, hubungi;
Yazid (013-3513805)
Hidayah (019-5676304)

Motivasi Harta, Duit & Kisah Raja Nasyid Ditipu

| Posted in | Posted on 5:10 AM

dipetik daripada;
http://www.zaharuddin.net/

Allah swt telah mengingatkan kita berkali-kali di dalam kitab suci Al-Quran, demikian juga Baginda Nabi s.a.w sama ada melalui hadis dan juga perbuatannya.

kayakah.jpg

Tipu daya wang dan harta begitu mencengkam di dalam hati dan diri manusia. Tipudaya ini pasti akan mendapat tempat di dalam jiwa sesiapa jua yang menjadikan kehidupannya berorientasi dan berkiblat keseronokan kekayaan orang kaya.

Bercerita berkenaan kejayaan dan kekayaan orang kaya sememangnya seronok dan menarik serta boleh memotivasikan diri. Namun tanpa kawalan, panduan dan pemantauan motivasi yang sihat boleh bertukar menjadi suatu kerakusan, ketamakan dan motivasi negatif yang memakan diri dan sesiapa sahaja di persekitarannya.

Hasilnya,

Rakan menjadi musuh,

Suami isteri bercerai berai,

Anak dan ibu bapa terpisah,

Jiwa atau nyawa boleh melayang,

Maruah tergadai,

Sokongan bertukar cercaan,

Cercaan bertukar sokongan dan dokongan,

Haram menjadi halal,

Ulama tidak terlepas menjadi mangsa, mereka mungkin DIKUTUK sama ada kerana kebenaran kerana tidak mahu menghalalkan yang haram atau DIKUTUK kerana menggadaikan prinsip dan hukum kerana wang dan jawatan sehingga menghalal yang haram, menyokong yang dengan pelabagi alasan lemah kebiasaanya atas nama ‘maslahat'. Mudah juga menghalalkan yang haram, sebut sahaja nama ‘maslahat'. Ingatlah, setiap maslahat punyai pelbagai syarat dan ketetapan agar ia tidak sewenangnya dipermain.

Itulah ‘pukulan' duit beribu atau berjuta dan harta. Sukar bukan untuk menolak tawaran RM 1 juta, 5 Juta, RM 50 juta; jangan juta, sekadar RM 5000 sahaja sudah memadai untuk membeli jiwa, nyawa, maruah seseorang di zaman ini.

MOTIVASI KAYA TANPA KAWALAN BAHAYA

Kerana sebuah motivasi kaya dunia, manusia berubah menjadi suatu jenis ‘monster' di hatinya. Sanggup sahaja dragut kedamaian sesiapa sahaja asal sasaran di hati sebagai jutawan boleh menjadi realiti.

Amat wajar kita sama-sama memuhasabahkan diri masing-masing. Saya, anda, keluarga kita dan rakan-rakan.

Tiada siapa yang boleh mendabik dada mengaku diri sudah kebal dari cabaran ini. Bukan diri kebal, Cuma ujian sepertinya mungkin belum tiba. Bila ia tiba akan diketahui letak duduknya keimanan dan keyakinan terhadap suatu alam yang amat amat pasti iaitu barzakh, melalui kematian pemutus segala nikmat sementara dunia.

Nikmat pujian, nikmat populariti, nikmat wang dan harta, nikmat sokongan, nikmat apa lagi..? selamat tinggal semuanya.

RAJA NASYID DUNIA SAMI YUSUF DI'TIPU'

Sejak awal tahun 2008, saya sudah mengkagumi nasyid Asma Allah yang dipersembah oleh Sami Yusuf. Dikatanya, itulah salah satu lagu nasyid bagi sebuah album barunya yang bakal terbit sekitar bulan Ogos 2008. Namun, tidak juga muncul. Sebagaimana saya meminati Jet Li dalam bab kungfu, saya juga meminati Sami Yusuf dalam nasyidnya.

Februari 2009, akhirnya muncul album ketiga beliau bertajuk ‘Without You'. Saya dapat mendengar hampir kesemua lagu di dalam album ini melalui pelbagai kemudahan di internet. Namun yang mengejutkan adalah ia satu ‘PENIPUAN'!?

Benar, ia sememangnya suara Sami Yusuf di dalam tersebut, begitu juga penerbitnya iaitu Awakening Records. Ia juga diiklan di web http://www.samiyusuf.com/ (amaran ini bukan web Sami yusuf yang sebenarnya)

Hakikat sebenarnya, web tersebut dikawal oleh penerbitnya yang makan kawan sehingga mendahului Sami Yusuf. Ringkasnya, album ‘Without You' dikeluarkan tanpa persetujuan Sami Yusuf. Keadaan ini semakin jelas apabila rupanya web sebenar Sami Yusuf adalah http://www.samiyusufofficial.com/, dimana beliau menyeru orang ramai terutama peminatnya untuk memboikot album ‘without you'. Disertakan juga video pengakuan lisan beliau yang mengatakan album ini adalah satu pencabulan tanpa persetujuan. Dengarkan ucapan Sami Yusuf di temubual beliau dengan Riz Khan di web rasmi Sami Yusuf.

Apa sebenarnya berlaku,?

Rupanya album Sami Yusuf bertajuk al-Muallim telah terjual sekitar 5 juta album. Konsertnya di Wembley menyebabkan jammed teruk di London. Keadaan ini agaknya menyebabkan pihak penerbit yang mulanya amat rapat dengan Sami Yusuf dirasuki virus yang telah kita sebutkan di atas. Virus ketamakan dan motivasi kaya tanpa kawalan, sehingga tidak lagi sabar dan menurut Sami Yusuf, penerbitnya menjadi tidak telus dalam urusan.

Akhirnya pihak Awakening menerbitkan album ketiga yang bertaraf demo dan mp3. Pihak Awakening mendakwa mereka mengeluarkannya secara sah kerana perjanjian dengan Sami Yusuf adalah 5 buah album.

Album sebenar akan keluar katanya dalam beberapa waktu terdekat.

boycottsy.jpg

SAYA PERNAH MENJADI MANGSA TERBIT TANPA IZIN

Saya sendiri walau bukan punyai status popular di dalam masyarakat, NAMUN pernah merasai keadaan ini. Iaitu apabila cd kurusus solat saya diterbit dan dijual tanpa keizinan dan persetujuan saya. Mungkin anda pernah menjumpainya di mana-mana.

Benar, sememangnya saya berpakat dengan pihak yang merakam untuk menerbitkannya, namun setelah saya meneliti cara ceramah dan kandungan kursus itu saya tidak merasakan ia sesuai untuk disebarkan kepada umum disebabkan kualiti rakaman dan juga kesesuaian kandungannya untuk seseorang diluar kursus. Namun, ia terjadi dan setiap kali ini terjadi, pertikaman lidah dan pertengkaran sukar dielakkan dan ia amat dikesali.

Kenyataan rasmi Sami Yusuf berkenaan penerbitan Album baru tanpa izinnya. BUKA SAMI YUSUF

sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

19 Feb 2009

Jualan Bahan Bacaan Ilmiah Istimewa Daripada LEK

| Posted in | Posted on 4:23 AM

Teristimewa untuk anda;


(klik gambar untuk lebih besar)

dan banyak lagi bahan bacaan untuk anda...Temui kami di booth jualan berhampiran.

Untuk lebih lanjut, hubungi;
Yazid (013-3513805)
Hidayah (019-5676304)

Majalah SOLUSI; Panduan Hidup Bersyariat

| Posted in | Posted on 3:12 AM

Oleh : Telaga Biru Sdn Bhd


Dengan segala kepincangan serta bencana moral yang berlaku di negara kita pada hari ini, jelaslah bahawa umat Islam bukan sahaja perlu meningkatkan ilmu dalam bidang fardu ain dan kifayah, tetapi turut berlatih untuk memajukan minda serta sentiasa termotivasi untuk mengelakkan diri dari segala gejala buruk yang berlaku di sekeliling mereka. Ini kerana, hanya dengan pengetahuan serta motivasi yang tinggi sahajalah yang dapat membantu anggota masyarakat untuk mengenalpasti baik-buruk sesuatu perkara seterusnya mengelakkan perkara tersebut dari terjadi kepada diri mereka.

Melihat peri pentingnya elemen-elemen ini dalam memantapkan kehidupan seorang Muslim, Telaga Biru Sdn. Bhd. telah menerbitkan sebuah majalah Islamik kontemporari yang sangat unik, khas buat mereka tercari-cari sebuah wadah bagi mempertingkatkan jati diri seorang Muslim.

Isu perdana majalah bertajuk SOLUSI ini sudah berada di pasaran bermula dari 1 Ogos 2008. Ia difahamkan mendapat sambutan yang memberangsangkan dari pihak pembaca. Antara faktor penarik majalah ini ialah fokus utamanya iaitu fardu ain dan motivasi menjadikan skop perbincangan setiap isu serta isi kandungannya menjadi sangat luas dan menarik untuk diperdebatkan. Antara topik yang dibincangkan setiap bulan ialah tauhid, fiqah, perniagaan (muamalat), perkahwinan (munakahat), tafsir al-Quran, kekeluargaan, isu remaja, seks, dan pelbagai lagi.

Seterusnya, para kolumnis yang prolifik dan berwibawa menjadi salah satu nadi kekuatan utama majalah ini. Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Ustazah Siti Nor Bahyah, Ustaz Zahazan Mohamed, Dr. Irfan Khairi (Jutawan Internet), Ustaz Zaharuddin (http://www.zaharuddin.net/), Dato' Dr. Mahmood Zuhdi, Haji Muhammad Zakaria, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (dari http://www.saifulislam.com/) dan Ahmad Fadzli Yusof adalah antara nama-nama yang tidak asing dalam dunia motivasi dan keagamaan.

Asas majalah ini iaitu Panduan Hidup Bersyariat menjadikan majalah ini WAJIB dimiliki oleh sesiapa sahaja yang inginkan petunjuk ke jalan kebenaran..

Mengapa perlu SOLUSI?

Perlu apa lagi sebuah majalah Islam diterbitkan? Bukankah sudah banyak majalah seumpamanya dalam pasaran?

Jawabnya ya, jika dilihat dari sudut 'persaingan'. Mungkin tidak perlu lagi majalah seumpama ini diterbitkan. Apatah lagi majalah sebegini selalunya tidak menjanjikan pulangan kewangan yang lumayan. Tetapi, apakah semua usaha perlu di lihat dari dimensi 'persaingan'? Apakah semua keputusan di buat berdasarkan faktor kewangan?

Jawabnya, tidak! Dari dimensi 'perkongsian', usahasama untuk melakukan kebaikan sentiasa dialu-alukan. Firman Allah: "Hendaklah kamu bertolong-bantu dalam kebaikan dan ketaqwaan." (Surah al-Maidah: 2) Malah 'perlumbaan' untuk melakukan kebaikan perlu sentiasa disuburkan. Firman Allah: "Hendaklah kamu berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan."

Tambahan pula, senario masyarakat kini yang semakin tercabar dan tercalar oleh unsur-unsur negatif, kehadiran bahan bacaan Islam bukan sahaja belum mencukupi, malah dikira masih jauh ketinggalan berbanding lambakan majalah picisan berunsur hedonisme, tahyul dan seks bebas.

SOLUSI lahir untuk menjadi wasilah kesedaran, penghayatan dan pimpinan ke arah pelaksanaan syariat di semua peringkat, di semua bidang kehidupan. Misi utamanya ialah membantu setiap individu merealisasikan Islam sebagai satu cara hidup yang dengan sempurna menerusi pendekatan memujuk, mengingatkan dan memimpin berasaskan prinsip dakwah dan tarbiah.

Misi ini diketengahkan melalui tulisan, gambar dan rekaletak yang verstail dan dinamik. Semua itu diadun untuk menterjemahkan model 'Mukmin profesional', yang punya integriti (al-Amin) dan ke pakaran (al-Qawwi) dalam tugasan, peranan dan tanggung jawabnya. Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya orang yang paling baik engkau berikan kerja ialah orang yang kuat (pakar) dan amanah (integriti)." (Surah al-Qasas: 26)

Lebih jauh lagi, SOLUSI ingin memantapkan pelaksanaan syariat Islam berasaskan kesepaduan ilmu wahyu (revealed knowledge) - tauhid, feqah, akhlak, dengan ilmu akal (acquired knowledge) - sains, matematik, sejarah, geografi .

Justeru, SOLUSI tidak hanya menjelaskan ilmu-ilmu berbentuk Fardu Ain, tetapi mengaitkannya dengan unsur motivasi menerusi pengalaman, isu-isu dan keskes yang sering berlaku dalam masyarakat. Dengan ini diharapkan pembaca bukan sahaja tahu apa itu masalah, malah mampu menyesaikannya! Itulah SOLUSI!

- Mengapa nama SOLUSI?

Dari sudut grafik dan artistik pula, huruf S, U, O dalam perkataan solusi mempunyai nilai estetikanya tersendiri. Persamaan dari segi bentuk yang hampir bulat memudahkan kami memasukkan lambang bulan sabit (ikon nilai keislaman) di dalam 'masthead' tersebut. Jumlah 6 huruf itu juga dikira ringkas untuk dihias dan ditonjolkan.

Solusi lebih cepat dan mudah disebut walaupun agak janggal kedengaran. Inilah dasar pilihan kami berbanding perkataan lain yang mungkin lebih 'kemelayuan' atau 'kearaban' tetapi agak panjang dan kurang nilai-nilai keunikkannya.

Sumber : bahagian promosi telaga biru sdn bhd

Keluaran terkini:

RM9 setiap satu!!

Langganan dibuka untuk semua sekarang!! Dapatkan majalah SOLUSI bagi setiap keluaran dengan penghantaran terus ke bilik anda!!

Hubungi no. tersebut untuk melanggan:
Yazid (013-3513805)
Hidayah (019-5676304)




MyIman; Dakwah Melalui Teknologi

| Posted in | Posted on 2:49 AM




Ciri-ciri perisian;

-bacaan al-quran 30 juzuk & teks berwarna Rasam Othmani
-28 terjemahan bahasa termasuk bahasa melayu dan inggeris
-doa khatam al-quran
-tafsir alquran termasuk Tafsir Ibnu-Kasir (Arab), Tafsir Jalalain (Indonesia, Arab, Inggeris, Perancis)
-11 buah kitab hadis termasuk Sahih-Bukhari, Sahih-Muslim, Sahih Abi-Daud, Sahih Ibnu Majah dan lain-lain
-waktu solat, azan dan kiblat mengikut daerah di Malaysia dan bandar-bandar utama luar negara


Ciri-ciri telefon:

-skrin sesentuh TFT Lcd berserta pen sesentuh
-Bleutooth
-mp3 dan mp4
-FM radio
-video player(3gp)
-2 sim kad 2 band
-stereo speaker
-warranty 1 tahun
-external sd card slot
-camera 1.3 megapixel


Accessories:

-2 GB SD card
-1 charger
-1 battery
-1 earphone
-kompas
-buku panduan


Extra feature

-games
-unit converter
-currency converter
-world clock

HARGA: RM390 SAHAJA!!

Hubungi;
Yazid (013-3513805)
Hidayah (019-5676304)


Al-Quran Terjemahan Saiz Kompak

| Posted in | Posted on 2:02 AM


Al-Quran Terjemahan Zip




Al-Quran Terjemahan Kulit Keras


RM35 setiap satu


KELEBIHAN

  • Satu-satunya Qur'an terjemahan Malaysia bersaiz kompak yang telah mendapat kelulusan JAKIM.
  • Saiz yang kompak (kecil-bersaiz tapak tangan), tahan lasak dan mesra pembaca menjadikan ia senang dibawa kemana-mana selain mudah dirujuk, dibaca dan dibudayakan.
  • Disertakan juga 3 penanda bacaan yang disertakan khusus untuk 3 tempat tanda bacaan harian, hafazan harian dan tadabbur harian.
  • Menjadi rujukan harian dan teman setia yang dibawa ke mana-mana seperti prihatin kita untuk membawa kad pengenalan ke mana-mana.
  • Sangat sesuai dijadikan sebagai cenderahati dan hadiah untuk para remaja (rekabentuk yang menawan, kecil dan beserta terjemahan)
  • Memudahkan hafalan kerana ianya mudah dibawa dan senang dirujuk (terjemahan yang ringkas dan tepat).

Hubungi;
Yazid (013-3513805)
Hidayah (019-5676304)